Harga saham didagangkan tinggi pada tengah hari

Written By Unknown on Kamis, 25 Oktober 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari walaupun penurunan semalaman saham-saham Amerika Syarikat, serta belian terpilih saham-saham mewah, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.27 mata kepada 1,669.25 selepas dibuka pada 1,668.52, meningkat 0.53 mata.

Semalam, Dow Jones susut 0.2 peratus. "FBM KLCI mungkin membuat rali hari ini ke paras yang belum pernah dicapai sebelum ini," kata OSK Research dalam nota kajiannya.

Indeks Kewangan menokok 22.051 mata kepada 14,913.4, Indeks FBM Ace menambah
11.05 mata kepada 4,263.78 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 2.43 mata kepada 12,251.84.

Indeks FBM Emas menambah 9.6 mata kepada 11,346.26 dan FBMT100 menokok 7.3 mata kepada 11,180.91.

Indeks Perladangan bagaimanapun susut 12 mata kepada 8,201.75 dan Indeks Perusahaan turun 1.62 mata kepada 2,896.12,
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 319 berbanding 260, dengan 285 kaunter tidak berubah dan 774 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 756.87 juta saham bernilai RM540.75 juta.

Bagi saham aktif, TH Heavy Engineering menambah 1.5 sen kepada 43.5 sen, Tiger Synergy menokok 4.5 sen kepada 26.5 sen dan ETI Tech tidak berubah pada 10.5 sen.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Maybank untung satu sen kepada RM9.01, Sime Darby kekal pada RM9.80 manakala CIMB rugi dua sen kepada RM7.62. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Harga saham didagangkan tinggi pada tengah hari

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/harga-saham-didagangkan-tinggi-pada.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harga saham didagangkan tinggi pada tengah hari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harga saham didagangkan tinggi pada tengah hari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger