F1 Korea Selatan: Webber bermula di petak pertama

Written By Unknown on Sabtu, 13 Oktober 2012 | 15.09

YEONGAM: Pemandu Red Bull, Mark Webber merebut petak pertama perlumbaan Formula Satu (F1) Korea dalam penentuan sesi kelayakan sebentar tadi.

Beliau meninggalkan rakan sepasukan, Sebastian Vettel di petak kedua manakala pemandu McLaren, Lewis Hamilton ketiga pada perlumbaan esok.

Pemandu dari Australia itu menempah petak pertama pada pusingan terakhir untuk mencatat kurang 0.074 saat di depan Vettel.
Hamilton ketiga diikuti pendahulu kejohanan, Fernando Alonso daripada Ferrari.

Vettel sebelum ini menang dua perlumbaan berturut-turut iaitu di Singapura dan Jepun dijangka memintas Alonso sebagai pendahulu kejuaraan sekiranya kedudukan esok kekal. - AP


Anda sedang membaca artikel tentang

F1 Korea Selatan: Webber bermula di petak pertama

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/f1-korea-selatan-webber-bermula-di.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

F1 Korea Selatan: Webber bermula di petak pertama

namun jangan lupa untuk meletakkan link

F1 Korea Selatan: Webber bermula di petak pertama

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger