Ahli perniagaan didakwa bunuh pengusaha kedai tayar, model sambilan

Written By Unknown on Rabu, 24 Oktober 2012 | 15.09

KAJANG: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan membunuh iaitu pengusaha kedai tayar dan seorang model sambilan, bulan lalu.

K Kalaivanan, 48, dari Johor, didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas dan lima orang yang dituduh sebelum ini melakukan kesalahan itu terhadap Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, yang juga seorang pelajar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, di sini antara jam 6.10 pagi hingga 6.45 pagi, pada 13 September lalu.
Bagi kesalahan itu, Kalaivanan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Siamala, manakala tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Ahli perniagaan didakwa bunuh pengusaha kedai tayar, model sambilan

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/ahli-perniagaan-didakwa-bunuh-pengusaha.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Ahli perniagaan didakwa bunuh pengusaha kedai tayar, model sambilan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Ahli perniagaan didakwa bunuh pengusaha kedai tayar, model sambilan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger